Monday, 13 September 2010

Sulaman Manik

Oh! kegilaan baru! bleh kira 'kegilaan' ker kalo tak pernah buat lagi? ahaha... baru berangan-angan jek.. :p

Sebelum raya hari tu, sungguh2 tertarik tengok sulaman manik 'Crumble Mumble' yang sangat sarat.. gambar tak de sebab saya tak buat lagi.. tapi boleh la google.. tak hingat tengok kat blog siapa.. tapi crumble mumblenya sangatlah marvelous!..sangat kemas... nanti kalo terjumpa lagi, akan ku link kan di sini.. :) (kalo dah berjaya buat, akan ku postkan gambar itu di sini dengan bangganya! ihihi...)

P/S "dah jumpa!! di sini ButterflyBeads"

Friday, 10 September 2010

Langsir dan Cushion Cover - Selesai

Alhamdulillah!! berjaya jugak siapkan projek langsir dan cushion cover raya 2010.. bukan untuk raya sangat pun.. tapi terjumpa kain murah dekat-dekat raya.. timing ok la tuh...

Untuk cushion cover, puas membelek cam ner patern.. mujur simple aje.. cuma tricky part bucu2 cushion yang bulat cantik aje... mesin pulak asyik buat hal.. cushion pertama, siap terus test.. lulus!! ahaha.. puas ati.. tanya kanda, ada komplen plak.. katanya bucu tu tak cukup bulat!.. huh.. yang dah pasang tu biarlah... malas nak bukak jahit semula.. tengok cam ok jek.. :p

Betul-betul pagi nak balik ke kampung, siap la semua cover untuk 12 biji cushion.. dah siap pasang pun.. langsir dah siap dari last week, dah gantung dah pun.. langsir sebelum ni kaler putih cream, so cerah aje la rumah... kali ni langsir kaler dark coklat-grey.. adeh.. awal-awal tu sakit kepala plak gelap2 sangat.... dah lama2 tu imune la jugak.. :) pengajarannya oleh sebab tingkap umah tu penuh wall-to-wall dan ceiling-to-floor, makanya untuk tahun depan-depan, saya akan pilih langsir yang kurang bunganya... uhuhu...

Bila dah pasang cushion cover kaler kelabu, rasa cerah la sket berbanding yang lama - dark coklat..  Yang tak siap lagi (dah raya dah pun.. masih tak siap menjahit... :p) alas tangan, dan sarung cushion kecik-kecik tu...

Asalnya tahun ni nak buat theme ala-ala english style sket.. ngan cusion ber-RE.. tapi.. ehehe... tengok ler.. dah abis raya pun tak abis jahit lagi.. tahun depan la kita wat style tu.. (tahun depan?.. ahaha... berangan.. ntah2 kanda tak lulus!)

Thursday, 26 August 2010

Musim menjahit tiba lagi

Wah wah wah... buzy nyer saya... nak senarai tak projek jahitan musim ini?... ahaha... baaaanyakkkk!!! macam tak percaya ajer.... Alhamdulillah banyak dah siap... dan... Baaaanyakkk lagi yang tak siap.. :p Mesin pun tak baper nk elok... tu yang slow sket.. tapi skali jalan zuppp... siap sepuluh pasang... :p ahaha....  (ye ker sploh??)

Pagi tadik lepas sahur dan subuh, sempat lah siapkan langsir mama enam keping.. lega... esok nak bawak balik pontian.. baju mama tiga pasang dah nak siap.. tinggal nak jahit butang, cangkuk... baju sendiri?.. satu.. dua... tiga.. empat... oh lima pasang!!.. sebenarnya bukan baju raya pun... dua pasang tu dah beli berbulan lepas, nak tambah koleksi pakaian kerja.. sudahnya dekat raya baru sibuk nak menjahit.. biasalerr.. ikut musim.. :p sepasang lagi hadiah dari kakak ipar sebab tolong jahit baju anak-anak dia... :)

Baju anak-anak sedara sumer dah siap, dah anta dah pun.. lega....

Projek jahitan yang saya betul-betul teruja nak buat.. tada... tengah sibuk mengukur dan memotong sofa cover baru! Yey!! berganti jugak tahun ni.. insyaAllah... sebenarnya dah sibuk nak tuko dari awal tahun lagi.. ye ler.. rimas.. nak cuci pun tak de cover ganti.. takkan nak biar togel aje?.. tanya kedai, kalo nak order boleh.. RM500 satu set.. huh!! membazir!! RM500 bleh beli kain utk sofa cover, satu rumah punyer langsir dua lapis lagi... Alhamdulillah dikurniakan kepandaian menjahit.. banyak boleh berjimat! Tahun ni kaler kelabu-kelabu gitu... tengok ler.. sempat ke tidak..

Setakat hari ni Alhamdulillah sumer dah siap potong.. tengok-tengok ada banyak lebihan kain... jadinyerr... timbul idea nak buat cover kusi dining table.. (bayangkan betapa banyaknyer kain yang lebih.. :p itu pun dah siap potong utk cushion kecik tu) tapi... fabrik sama ok ker?.. tak nmpak mcm boria sangat ker?.. tak pe ler.. kita tengok dulu...

Dan saya ingin memperkenalkan gadjet terbaru saya... roller cutter... senang giler pakai menda nih... tak la sakit tangan nak menggunting fabrik tebal-tebal.. roll aje dan selesai.. lagi la nk potong cushion cover nih.. Thanks to kanda, carikkan kat Daiso IOI Puchong.. off course RM5 only!

Wednesday, 18 August 2010

Buku Sulaman Reben

Alhamdulillah.. Baru ni balik ke Sungai Petani singgah di kedai buku Hasani.. Kebetulan diorang tengah buat jualan murah... ada potongan harga untuk buku masakan, craft dan buku agama..

Maka, dapatlah saya membeli buku ini... Buku Asas Sulaman Riben oleh Suzana Mustafa... Harga asal tak la mahal sangat pun.. RM39 je pun.. tapi asyik bertangguh aje.. ni ada sale 10% baik rembat.. :p ehehe...

Dan... semangat untuk ber-RE kembali!.. syiok!! (tapi.. kene siapkan dulu lah baju-baju untuk raya.. kang tak beraya sumer orang)

Tuesday, 15 June 2010

Cushion Cover

Tengah bersemangat nak buat cover baru untuk sofa ngan kusi dining table nih.. dah berapa kali ntah sketch design.. kainnyer tak beli-beli jugak... bila kira-kira mau kene beli dalam 30m kain.. uhuhu... kopak la.. Tu tak kira langsir lagi.. bukan apa.. sekali sekala kene la tukar-tukar jugak, timbulkan mood baru kononnya...
Tapi... itu ler.. projek menjahit tengah banyak nih.. tengok dulu cam ner..
Untuk bonda, tak tukar kot tahun ni, tahun lepas dah tukar..

Sunday, 23 May 2010

Belajar buat bunga dip

Weekend - melepak rumah pakcik... asalnya nak tengok pakcik tak sihat, sudahnya jadik sesi belajar buat bunga dip plak...

Ni dawai yang telah siap2 dibentuk
Belajar mencelup daun..
Ni baru belajar solid color... lepas ni pakcik nak tunjuk cam ner nak mix color, satu kelopak/daun ada banyak tone color, macam daun puding tu...
Daun, daun dan kelopak rose - tengah keringkan.. nak keringkan pun ada teknik dia... bukan sebarang-sebarang....
Kite yang amatur ni belasah ajer!
Inspirasi dari taman dalam rumah
Dah siap.. (itu pun pakcik yang tolong siapkan...)







Berkobar-kobar plak nak belajar betul2..

Tuesday, 8 December 2009

Mesin jahitku rosak

Adeh... rosak pulak mesin jahit tu... tapak bawah tu loose.. ALhamdulillah dah siap jahit sumer baju.. dee empat pasang, nisha sepasang dan untuk diri sendiri tiga pasang.. baju terakhir tinggal nak kelim baju dan tangan jek... (dah pandai tau jahit kelim guna mesin kokak tu!.. )

Tinggal lagi tiga inci je benang bawah habis... lepas refil balik benang bawah tu, terus tak boleh jahit... tapak bawah mesin jahit tu jadik loose plak.... so dia tak tolak kain ke belakang.. mesin jahit tu pun dah lebih empat tahun dah.. ni kali pertama la dia buat masalah.. tak sempat lagi tengok betul-betul apa masalahnya.. harap-harap boleh fix la.. InsyaAllah....

Sudahnya kembali menjahit tangan untuk selesaikan kelim baju tu... mujur tak banyak.. memang plan semalam nak selesai jahit butang ngan hook... Alhamdulillah selesai sudah... :)

Wednesday, 25 November 2009

Blog Pn. Ann

Wah!!.. lama sungguh tak ber-RE... tengok blog Pn. Ann terbakar balik semangat nak ber-RE...cantik sangat.. tingin sangat nk join kelas pn. Ann...
hopefully dikuatkan semangat untuk sambung semula projek RE yg terbengkalai tu.. uhuhuu...

Monday, 18 May 2009

Pengapit Pengantin

Uhuhu.. dapat tempahan baju baru dah... baju untuk pengapit pengantin.. Kain lace renda.. macam baju yana hari tu.. ni design baju.. Baju kurung moden. Ukuran tak buat lagi..

Menjahit Kurung Biasa

Bahagian kain yang telah dipotong adalah seperti berikut:
  • Bahagian badan 1 keping (2 keping jika bahagian bahu dipotong)
  • Pesak 2 pasang (4 keping)
  • Kekek 2 keping
  • Tangan 2 helai


Sebelum Menjahit

Buang semua lebihan jahitan tepi dan asingkan pesak, kekek dan tangan kepada dua bahagian iaitu untuk bahagian kanan dan kiri. 

Jahitan Fasa 1
Mulakan dengan cantuman bahu bahagian badan (jika perlu).

Selesaikan kedua-dua belah pesak dan tangan.

Langkah-langkah menjahit pesak adalah seperti berikut:



  1. Cantumkan kekek dengan pesak pada bahagian yang telah ditandakan semasa memotong (rujuk Memotong Kurung Biasa)
    Mulakan dengan bahagian A. Mula menjahit dari pangkal kekek.
    Tinggalkan basi ½" pada penghujung kekek dan matikan.

  2. Cantumkan kekek dengan pesak yang satu lagi. Cantum pada Bahagian B seperti rajah di atas. Tinggalkan basi ½" dan matikan.

  3. Sambungkan kedua-dua pesak iaitu bahagian C sehingga hujung dan matikan.

  4. Kemudian, cantumkan bahagian tangan.



    Cantumkan bahagian A pada lengan dengan bahagian A pada sambungan kekek dan pesak (garis jahitan Oren). Tinggalkan ½" pada bahagian kekek seperti semasa menyambung pesak dan kekek tadi.

  5. Ulang langkah 4 untuk bahagian B (garis jahitan Hijau).

  6. Siapkan cantuman tangan. Jahit ikut garisan C (Merah).

Ulang langkah 1-6 untuk pesak dan lengan yang sebelah lagi.

Langkah-langkah menjahit kain.

  1. Cantumkan bahagian kiri dan kanan kain. Mulakan dari kaki kain.
  2. Tinggalkan 7" pada bahagian atas sambungan untuk zip.
  3. Jahit basi kaki kain anggaran ½".


Mengemaskan Jahitan

Kemaskan jahitan dengan menggosok semua garis jahitan dengan seterika.

Menjahit Lubang Leher
Pilih cara jahitan yang anda suka. Yang paling ringkas menggunakan bias.

Menyiapkan baju

Terbalikkan bahagian badan baju. Biarkan bahagian dalam berada di luar.
Cantuman tangan dan pesak berada dalam keadaaan betul iaitu bahagian luar berada di luar.

Masukkan cantuman tangan dan pesak ke dalam bahagian badan.

Mula menjahit dari bahagian bahu sehingga hujung baju.

Kembali mula menjahit dari bahu untuk menyiapkap satu bahagian lagi.

Ulang langkah di atas untuk tangan sebelah.

Kemaskan semua jahitan baru. Gosok garis jahitan dengan seterika.

Lipat kelim hujung tangan dan hujung baju, peniti atau jelujur sebelum garisan lipatan diseterika. Jahitan kemasan kelim akan dibuat setelah semua langkah jahitan mesin diselesaikan.

Sunday, 17 May 2009

Memotong Kurung Biasa

Meh saya tunjuk macam mana membuat pola dan memotong kain untuk dijadikan baju kurung. Kaedah ini mungkin bukanlah kaedah yang terbaik. Tapi bolehlah jika hendak dijadikan panduan.

Secara asasnya terdapat empat bahagian iaitu bahagian badan, lengan, pesak dan kekek.



Melukis Pola

Ukuran bahagian badan



a = (lebar bahu)/2
b = panjang badan
c = basi 2" untuk lipatan

* ukuran a dibahagi 2 supaya jimat kertas dan mempercepatkan pemotongan kain.

Ukuran tangan



a = panjang lengan tangan
b = basi 2" untuk lipatan
c = (lebar lengan)/2
d = (lebar tangan)/2

ukuran lebar tangan dan lebar bahu ikut keselesaan anda ataupun... rujuk ukuran baju kurung kegeraman anda. Lagi senang!

Ukuran Pesak



a = ukuran biasa ialah 2"
b = (panjang badan)-(lebar lengan)
c = basi 2" untuk lipatan
d = ukuran biasa antara 4" hingga 5" bergantung kepada keselesaan anda

Kekek



Ukuran 3" x 3"


Memotong Kain

Kebiasaannya pola dibuat berserta basi ½". Pola saya adalah berbeza, dimana pola dipotong betul-betul mengikut ukuran seperti di atas tanpa basi.

Beza pola biasa dengan pola saya:



Langkah-langkah memotong kain:
  1. Letakkan pola di atas kain.
  2. Lukiskan garisan jahitan mengikut pola.
  3. Potong kain mengikut basi ½".




Bahagian Badan

Mulakan dengan bahagian badan.

Terdapat dua cara memotong bahagian badan iaitu potong bahagian bahu atau biarkan bahagian bahu bercantum.

Sekiranya kain mempunyai corak berkaki, bahagian bahu hendaklah dipotong supaya corak bahagian belakang dan hadapan badan sama. Jika bahu tidak dipotong, corak badan bahagian belakang akan kelihatan terbalik. Sebaliknya, bagi kain yang coraknya tidak berkaki, bahagian bahu bolehlah dibiarkan bersambung.

Bahagian Pesak

Bahagian pesak mestilah dipotong selari dengan badan.

Lipat kain mengikut saiz pesak menjadi empat lapis seperti berikut. Ini untuk memastikan pesak dipotong dengan betul iaitu sepasang untuk kanan badan dan sepasang lagi untuk kiri badan. 



Setelah dipotong, tandakan pada bahagian atas yang condong. Ini adalah bahagian cantuman kekek.

Tips: Gunakan warna berbeza untuk bahagian kiri dan kanan supaya senang dipasangkan nanti.



Tangan & Kekek

Potong bahagian tangan diikuti kekek.

Kain

Baki boleh dijadikan bahagian kain. Potong mengikut panjang kain. Bahagian getah pinggang akan disambung dengan kain lain. Pastikan juga bahgian kiri dan kanan kain dipotong lurus.

Sunday, 10 May 2009

Cloth-Cover Button

Sabtu berjalan ke IOI Mall.. azri nak check Ace Hardware situ dah bukak ke belum.. nak cari barang jack stand katanyer.. tengok2 tak bukak lagi.. so melencong ler ke Daiso di sebelahnyer.. kedai RM5 yang barang2 nyer sumer datang dari Jepun..
Tak plan nak beli aper pun.. tapi dok leka tengok barang2 kraftangan.. kebetulan pulak terjumpa butang ni.. kit untuk buat cloth-cover button..

Sorry la lupa nak capture gambar packaging dia.. excited sangat.. sampai rumah terus bukak.. :)

Saturday, 9 May 2009

Mesin Jahit

Mesin jahit ni la yang digunakan selama ni... beli masa bujang dulu.. :) tu je yang mampu.. tapi bagus.. takat ni tak pernah meragam la.. tak silap beli masa tahun 2004 macam tu la.. Plan nak upgrade dan tambah satu lagi.. mesin jahit tepi.. kalo ada good offer inform ye?..

Sunday, 12 April 2009

Update

Nampaknyer kalau menunggu update RE entah bila la blog ni akan diupdet!.. Jadik rasa-rasanya blog ni akan didedikasikan untuk aktiviti jahitan dan lain-lain hobi termasuklah RE ni..

Memandangkan raya dah dekat, (ikut kata k awin - kakak ipar yang sangat dedikasi dengan persediaan raya!) dapat dah 'tempahan' untuk buat baju kurung Hanis dan baju melayu Imran.. kawan2 seopis pun dah sebut2 nak mintak tolong buatkan baju kurung diorang.. insyaAllah.. nak menjahit baju kurung tak la susah.. senang je kalau nak belajar..

Next post insyaAllah tutorial macam mana nak ukur dan nak buat baju kurung...

Datang lagi tau!

Tuesday, 10 June 2008

Perkara Asas

Secara asasnya untuk sulaman reben, jenis jarum yang biasa saya gunakan ialah jarum Chenille dan Tapestry. Kedua-duanya bersaiz 20 untuk reben ¼". Bezanya, Chenille bermata tajam dan jarum Tapestry bermata tumpul.

Kegunaannya bergantung kepada jenis fabrik. Bagi fabrik yang kasar, gunakan jarum Tapestry. Fungsinya untuk menolak benang fabrik untuk laluan jarum dan reben. Jika jarum Chenille digunakan untuk kain kasar, berkemungkinan struktur benang fabrik akan terkoyak dan menyebabkan fabrik rosak.

Jarum Chenille pula digunakan untuk kain yang lebih halus. Mata tajam memudahkan jarum menembusi kain.

Sekiranya reben lebih besar digunakan, tebuk lubang menggunakan penebuk lubang terlebih dahulu supaya mudah menarik reben melalui fabrik.

Saiz jarum juga pelbagai. Bermula dari saiz kecil untuk jarum yang lebih kasar kepada saiz yang lebih besar untuk jarum yang lebih halus. Saya banyak menggunakan jarum bersaiz 20 kerana lebih suka menyulam dengan reben bersaiz ¼".




Berikut adalah keperluan asas untuk memulakan sulaman reben menggunakan reben bersaiz ¼":
  1. Tapestry Needle Saiz 20 atau Chinelle Needle No. 20 bergantung kepada jenis fabrik yang akan digunakan
  2. Embroidery Needle No. 5 untuk sulaman tangkai bunga.
  3. Ram (Pemidang kain)
  4. Erasable Marker Pen
  5. Benang Sulam DMC macam gambar kat sebelah untuk tangkai bunga
  6. Penebuk lubang


Yang paling penting sekali, reben! Jangan lupa untuk membeli reben. Warna reben? Terpulang, pilihlah sebarang warna. Cadangan saya, belilah beberapa tona warna untuk satu-satu warna.

Saturday, 31 May 2008

Projek nombor 2

Material untuk cushion tu sama.. memula plan nak buat design sama aje.. tapi rasa macam bosan plak.. so buat la design lain... lagi pun reben kecik ada banyak dah (YEY!!)

Ni start buat pagi tadik.. dan terus buat sampai tengah hari.. dah stop tu, tak sempat-sempat nak sambung.. so inilah hasilnya:



saje je buat bunga nyer kelopak banyak-banyak warna.. :) (sebab dah ada banyak ribbon kann??... )

setiap kelopak tu pakai sulaman asas lazy daisy.. senang jek.. memang senang!.. cuba la buat.. insyaAllah jadik la punyer!.. :)

Tengah-tengah bunga tu guna jahitan French Knots.

Daun tak buat lagi.. tapi dah ada conteng-conteng dah.. daun nak pakai Ribbon Stich je..

RIBBON STITCH





LAZY DAISY



Friday, 30 May 2008

Syarikat Bunga Reben ,Talan TAR

Syioknyer... lunch hour tadik p Jalan TAR.. Dee plan nak shopping baju raya.. ok gak.. bleh jalan-jalan ke sana.. teringat kedai Bunga Reben yang pakcik rekemen tuh.. mesti syiok dapat jalan sana..

dari hujung jalan TAR ke hujung satu lagi berjalan.. tak jumpa-jumpa mana la kedainyer.. kat seberang ada la satu kedai bunga.. nama nyer kedai bunga Juta.. tak mo! nak p yang pakcik suggest tu.. tp tak pe ler. masuk la jugak tengok2.. ala.. rebennyer tak baper banyak la.. untuk hantaran ok la.. tp orang nak carik reben jek..

keluar kedai bunga Juta, pusing-pusing lagi carik tudung Dee.. tetiba Dee menjerit! ehehe.. dia nampak kedai bunga reben tu rupernyer.. kitorang dah lalu dah kedai tu tadik.. tp tak pasan plak dia jual reben.. alhamdulillah.. jumpa jugak.. nak carik senang je, depan Euro Moda.. ari tu pakcik ada cakap gak kalo tak silap.. tp tak ingat..

rambang mata tengok kaler reben yang ada.. dah plan nak beli reben kecik2 tu jek...senang nak buat sulaman.. :) pilih punya pilih.. few shades of pink, green and satu gulung ribbon kaler cream, dan satu gulung warna biru.. cantiknyerrr.. suke betul tengok reben banyak-banyak kaler.. ikut ati nak je amik 50 gulung.. ekeke.. tapi amik 10 je la.. 50 tu dah macam tamak sangat nanti..

harga asal 70 sen segulung.. tapi tokey kedai tu bagi 60 sen segulung.. best.. 60 sen kali sepuluh baru RM6.00... uhuu.. rasa macam nak amik lagi sepuluh jek..

carik benang sulaman DMC tak jumpa plak.. tak carik betul2 sebenarnya.. luper plak rupa benang sulaman yang ada kat umah tu.. maklumlah baru berjinak-jinak... :)

Friday, 25 April 2008

Progress?

Ehehe.. tak dak progress lagi..

Saturday, 12 April 2008

Almost done!

ahaha... sorry la.. no step by steps.. :p ni experiment dulu.. for the next similar cushion cover, i'll give the steps.



Notice the unfinished butterfly at the top left.. ehehe.. tak de dalam draft asal sebenarnya.. suggested by azri.. suka sangat butterfly.. :) good idea.. boleh la tambah.. but doesn't have the right embroidery threads.. yang kaler coklat tu pun doubled triple benang biasa.. :)

One more thing is the ribbon bouquet.. doesn't have the right size of ribbon to make it. Nak carik ribbon organza.. :)

Rose buds tu pun nak tambah other pink color and cream.. ribbon tak cukup color.. nak kene carik.. ribbon organizer pun sama.. uhuu.. masuk shopping list!

Sunday, 6 April 2008

Cubaan pertama

Cubaan pertama, design dah ada.. bukan main lagi, macam design dah expert wat RE jek.. ahaha..

start dengan folded rose... dulu pernah wat bunga straw.. so basic dah ada la.. cuma dengan ribbon ni, susah sket sebab dia lembut.. buat satu kelopak, matikan.. buat satu lagi, matikan..
pastu fedup (baru baper minit ngadap), tuko la buat bunga lain plak.. rose tu terbuat tebal sangat plak, nak letak atas kain, jadik tebal plak.. uhuu..

try buat bunga pakai ribbon stich.. yang senang jek.. cuma cubaan pertama kene bukak balik.. sebab... satu kelopak terpanjang sangat.. ahaha... ok la.. boleh la tu... buat bunga no 2 baru ok.. bunga no 3 wat pakai reben kaler cream.. mmm dah siap rasa macam tak lawa plak.. pun bukak la balik...

pastu kuar kejap, balik try buat bunga ros balik.. yey!.. alhamdulillah jadik pun.. kali ni wat kelopak dia jarak2.. ok la.. senang sket nk lekat ke kain..

bunga ros kedua kaler cream, fail... huh!.. ribbon dia sama jek.. ntah.. tak serasi kaler cream kot.. ahahha.. (alasan!!) nak bukak balik.. ni stop kejap nk tulis blog.. :) rasanyer macam nak bukak jugak bunga yang pakai ribbon stich tu.. sebab asalnya nak buat sumer pakai rose.. huhuhu.. sayang plak.. rasa macam lawa.. :p

(gambar nanti update lain!)

11.45 pm..

tak bley tdo.. tadik dah stop wat menda lain..dok ngadap alamHamil
pastu ngantuk.. tetiba kanda lapau, mintak masakkan baked bean.. join kanda makan sat, lepas tu dok tingat kat projek RE #1 nih.. ehehe.. dok ngadap lagi.. sumer bunga2 cabut buang tinggalkan bunga ros tu jek..

Okeh.. camner nak buat folded rose:
(Secara ringkasnya oleh budak yang baru belajar RE)

  1. Lipat hujung reben menjadi segi tiga dan gulung dua kali. Jahit gulungan tersebut untuk mematikannya.
  2. pegang gulungan reben dengan tangan kanan, gunakan tangan kiri untuk membuat kelopak bunga. Lipat lebihan reben 45° supaya menghala ke bawah dan gulung lipatan reben tersebut supaya menjadi kelopak bunga.
  3. Ulang langkah dua sehingga mendapat bentuk mawar seperti yang dikehendaki.
  4. Setelah siap, kemaskan bahagian bawah kelopak dan jahit mawar tersebut ke atas kain. Jahit setiap kelopak bunga untuk mengemas dan menguatkannya lagi.


Okay, dah siap dah satu mawar... :)

Kat tepi2 bunga mawar tu dah berlobang2 sebab bekas cabut yang tak jadik..ahaha...