Monday 18 May 2009

Pengapit Pengantin

Uhuhu.. dapat tempahan baju baru dah... baju untuk pengapit pengantin.. Kain lace renda.. macam baju yana hari tu.. ni design baju.. Baju kurung moden. Ukuran tak buat lagi..

Menjahit Kurung Biasa

Bahagian kain yang telah dipotong adalah seperti berikut:
  • Bahagian badan 1 keping (2 keping jika bahagian bahu dipotong)
  • Pesak 2 pasang (4 keping)
  • Kekek 2 keping
  • Tangan 2 helai


Sebelum Menjahit

Buang semua lebihan jahitan tepi dan asingkan pesak, kekek dan tangan kepada dua bahagian iaitu untuk bahagian kanan dan kiri. 

Jahitan Fasa 1
Mulakan dengan cantuman bahu bahagian badan (jika perlu).

Selesaikan kedua-dua belah pesak dan tangan.

Langkah-langkah menjahit pesak adalah seperti berikut:



  1. Cantumkan kekek dengan pesak pada bahagian yang telah ditandakan semasa memotong (rujuk Memotong Kurung Biasa)
    Mulakan dengan bahagian A. Mula menjahit dari pangkal kekek.
    Tinggalkan basi ½" pada penghujung kekek dan matikan.

  2. Cantumkan kekek dengan pesak yang satu lagi. Cantum pada Bahagian B seperti rajah di atas. Tinggalkan basi ½" dan matikan.

  3. Sambungkan kedua-dua pesak iaitu bahagian C sehingga hujung dan matikan.

  4. Kemudian, cantumkan bahagian tangan.



    Cantumkan bahagian A pada lengan dengan bahagian A pada sambungan kekek dan pesak (garis jahitan Oren). Tinggalkan ½" pada bahagian kekek seperti semasa menyambung pesak dan kekek tadi.

  5. Ulang langkah 4 untuk bahagian B (garis jahitan Hijau).

  6. Siapkan cantuman tangan. Jahit ikut garisan C (Merah).

Ulang langkah 1-6 untuk pesak dan lengan yang sebelah lagi.

Langkah-langkah menjahit kain.

  1. Cantumkan bahagian kiri dan kanan kain. Mulakan dari kaki kain.
  2. Tinggalkan 7" pada bahagian atas sambungan untuk zip.
  3. Jahit basi kaki kain anggaran ½".


Mengemaskan Jahitan

Kemaskan jahitan dengan menggosok semua garis jahitan dengan seterika.

Menjahit Lubang Leher
Pilih cara jahitan yang anda suka. Yang paling ringkas menggunakan bias.

Menyiapkan baju

Terbalikkan bahagian badan baju. Biarkan bahagian dalam berada di luar.
Cantuman tangan dan pesak berada dalam keadaaan betul iaitu bahagian luar berada di luar.

Masukkan cantuman tangan dan pesak ke dalam bahagian badan.

Mula menjahit dari bahagian bahu sehingga hujung baju.

Kembali mula menjahit dari bahu untuk menyiapkap satu bahagian lagi.

Ulang langkah di atas untuk tangan sebelah.

Kemaskan semua jahitan baru. Gosok garis jahitan dengan seterika.

Lipat kelim hujung tangan dan hujung baju, peniti atau jelujur sebelum garisan lipatan diseterika. Jahitan kemasan kelim akan dibuat setelah semua langkah jahitan mesin diselesaikan.

Sunday 17 May 2009

Memotong Kurung Biasa

Meh saya tunjuk macam mana membuat pola dan memotong kain untuk dijadikan baju kurung. Kaedah ini mungkin bukanlah kaedah yang terbaik. Tapi bolehlah jika hendak dijadikan panduan.

Secara asasnya terdapat empat bahagian iaitu bahagian badan, lengan, pesak dan kekek.



Melukis Pola

Ukuran bahagian badan



a = (lebar bahu)/2
b = panjang badan
c = basi 2" untuk lipatan

* ukuran a dibahagi 2 supaya jimat kertas dan mempercepatkan pemotongan kain.

Ukuran tangan



a = panjang lengan tangan
b = basi 2" untuk lipatan
c = (lebar lengan)/2
d = (lebar tangan)/2

ukuran lebar tangan dan lebar bahu ikut keselesaan anda ataupun... rujuk ukuran baju kurung kegeraman anda. Lagi senang!

Ukuran Pesak



a = ukuran biasa ialah 2"
b = (panjang badan)-(lebar lengan)
c = basi 2" untuk lipatan
d = ukuran biasa antara 4" hingga 5" bergantung kepada keselesaan anda

Kekek



Ukuran 3" x 3"


Memotong Kain

Kebiasaannya pola dibuat berserta basi ½". Pola saya adalah berbeza, dimana pola dipotong betul-betul mengikut ukuran seperti di atas tanpa basi.

Beza pola biasa dengan pola saya:



Langkah-langkah memotong kain:
  1. Letakkan pola di atas kain.
  2. Lukiskan garisan jahitan mengikut pola.
  3. Potong kain mengikut basi ½".




Bahagian Badan

Mulakan dengan bahagian badan.

Terdapat dua cara memotong bahagian badan iaitu potong bahagian bahu atau biarkan bahagian bahu bercantum.

Sekiranya kain mempunyai corak berkaki, bahagian bahu hendaklah dipotong supaya corak bahagian belakang dan hadapan badan sama. Jika bahu tidak dipotong, corak badan bahagian belakang akan kelihatan terbalik. Sebaliknya, bagi kain yang coraknya tidak berkaki, bahagian bahu bolehlah dibiarkan bersambung.

Bahagian Pesak

Bahagian pesak mestilah dipotong selari dengan badan.

Lipat kain mengikut saiz pesak menjadi empat lapis seperti berikut. Ini untuk memastikan pesak dipotong dengan betul iaitu sepasang untuk kanan badan dan sepasang lagi untuk kiri badan. 



Setelah dipotong, tandakan pada bahagian atas yang condong. Ini adalah bahagian cantuman kekek.

Tips: Gunakan warna berbeza untuk bahagian kiri dan kanan supaya senang dipasangkan nanti.



Tangan & Kekek

Potong bahagian tangan diikuti kekek.

Kain

Baki boleh dijadikan bahagian kain. Potong mengikut panjang kain. Bahagian getah pinggang akan disambung dengan kain lain. Pastikan juga bahgian kiri dan kanan kain dipotong lurus.

Sunday 10 May 2009

Cloth-Cover Button

Sabtu berjalan ke IOI Mall.. azri nak check Ace Hardware situ dah bukak ke belum.. nak cari barang jack stand katanyer.. tengok2 tak bukak lagi.. so melencong ler ke Daiso di sebelahnyer.. kedai RM5 yang barang2 nyer sumer datang dari Jepun..
Tak plan nak beli aper pun.. tapi dok leka tengok barang2 kraftangan.. kebetulan pulak terjumpa butang ni.. kit untuk buat cloth-cover button..

Sorry la lupa nak capture gambar packaging dia.. excited sangat.. sampai rumah terus bukak.. :)

Saturday 9 May 2009

Mesin Jahit

Mesin jahit ni la yang digunakan selama ni... beli masa bujang dulu.. :) tu je yang mampu.. tapi bagus.. takat ni tak pernah meragam la.. tak silap beli masa tahun 2004 macam tu la.. Plan nak upgrade dan tambah satu lagi.. mesin jahit tepi.. kalo ada good offer inform ye?..