Monday, 18 May 2009

Menjahit Kurung Biasa

Bahagian kain yang telah dipotong adalah seperti berikut:
  • Bahagian badan 1 keping (2 keping jika bahagian bahu dipotong)
  • Pesak 2 pasang (4 keping)
  • Kekek 2 keping
  • Tangan 2 helai


Sebelum Menjahit

Buang semua lebihan jahitan tepi dan asingkan pesak, kekek dan tangan kepada dua bahagian iaitu untuk bahagian kanan dan kiri. 

Jahitan Fasa 1
Mulakan dengan cantuman bahu bahagian badan (jika perlu).

Selesaikan kedua-dua belah pesak dan tangan.

Langkah-langkah menjahit pesak adalah seperti berikut:



  1. Cantumkan kekek dengan pesak pada bahagian yang telah ditandakan semasa memotong (rujuk Memotong Kurung Biasa)
    Mulakan dengan bahagian A. Mula menjahit dari pangkal kekek.
    Tinggalkan basi ½" pada penghujung kekek dan matikan.

  2. Cantumkan kekek dengan pesak yang satu lagi. Cantum pada Bahagian B seperti rajah di atas. Tinggalkan basi ½" dan matikan.

  3. Sambungkan kedua-dua pesak iaitu bahagian C sehingga hujung dan matikan.

  4. Kemudian, cantumkan bahagian tangan.



    Cantumkan bahagian A pada lengan dengan bahagian A pada sambungan kekek dan pesak (garis jahitan Oren). Tinggalkan ½" pada bahagian kekek seperti semasa menyambung pesak dan kekek tadi.

  5. Ulang langkah 4 untuk bahagian B (garis jahitan Hijau).

  6. Siapkan cantuman tangan. Jahit ikut garisan C (Merah).

Ulang langkah 1-6 untuk pesak dan lengan yang sebelah lagi.

Langkah-langkah menjahit kain.

  1. Cantumkan bahagian kiri dan kanan kain. Mulakan dari kaki kain.
  2. Tinggalkan 7" pada bahagian atas sambungan untuk zip.
  3. Jahit basi kaki kain anggaran ½".


Mengemaskan Jahitan

Kemaskan jahitan dengan menggosok semua garis jahitan dengan seterika.

Menjahit Lubang Leher
Pilih cara jahitan yang anda suka. Yang paling ringkas menggunakan bias.

Menyiapkan baju

Terbalikkan bahagian badan baju. Biarkan bahagian dalam berada di luar.
Cantuman tangan dan pesak berada dalam keadaaan betul iaitu bahagian luar berada di luar.

Masukkan cantuman tangan dan pesak ke dalam bahagian badan.

Mula menjahit dari bahagian bahu sehingga hujung baju.

Kembali mula menjahit dari bahu untuk menyiapkap satu bahagian lagi.

Ulang langkah di atas untuk tangan sebelah.

Kemaskan semua jahitan baru. Gosok garis jahitan dengan seterika.

Lipat kelim hujung tangan dan hujung baju, peniti atau jelujur sebelum garisan lipatan diseterika. Jahitan kemasan kelim akan dibuat setelah semua langkah jahitan mesin diselesaikan.

1 comment:

Atieyy said...

tahniah admin sbb sudi berkongsi ilmu...mmg untung kalau tahu jahit baju sendiri ni...bukan setakat boleh jahit baju sendiri, boleh jugak ambik upah menjahit baju org lain.

Just nak share2, ni kelas menjahit yg sy tahu:
==> Kelas Menjahit 1
==> Kelas Menjahit 2

Ni pulak panduan lengkap menjahit baju kurung yg lg murah drpd kelas menjahit.
==> Panduan Menjahit Baju Kurung