Tuesday 10 June 2008

Perkara Asas

Secara asasnya untuk sulaman reben, jenis jarum yang biasa saya gunakan ialah jarum Chenille dan Tapestry. Kedua-duanya bersaiz 20 untuk reben ¼". Bezanya, Chenille bermata tajam dan jarum Tapestry bermata tumpul.

Kegunaannya bergantung kepada jenis fabrik. Bagi fabrik yang kasar, gunakan jarum Tapestry. Fungsinya untuk menolak benang fabrik untuk laluan jarum dan reben. Jika jarum Chenille digunakan untuk kain kasar, berkemungkinan struktur benang fabrik akan terkoyak dan menyebabkan fabrik rosak.

Jarum Chenille pula digunakan untuk kain yang lebih halus. Mata tajam memudahkan jarum menembusi kain.

Sekiranya reben lebih besar digunakan, tebuk lubang menggunakan penebuk lubang terlebih dahulu supaya mudah menarik reben melalui fabrik.

Saiz jarum juga pelbagai. Bermula dari saiz kecil untuk jarum yang lebih kasar kepada saiz yang lebih besar untuk jarum yang lebih halus. Saya banyak menggunakan jarum bersaiz 20 kerana lebih suka menyulam dengan reben bersaiz ¼".




Berikut adalah keperluan asas untuk memulakan sulaman reben menggunakan reben bersaiz ¼":
  1. Tapestry Needle Saiz 20 atau Chinelle Needle No. 20 bergantung kepada jenis fabrik yang akan digunakan
  2. Embroidery Needle No. 5 untuk sulaman tangkai bunga.
  3. Ram (Pemidang kain)
  4. Erasable Marker Pen
  5. Benang Sulam DMC macam gambar kat sebelah untuk tangkai bunga
  6. Penebuk lubang


Yang paling penting sekali, reben! Jangan lupa untuk membeli reben. Warna reben? Terpulang, pilihlah sebarang warna. Cadangan saya, belilah beberapa tona warna untuk satu-satu warna.

2 comments:

ida_shah said...

fara...pandainye ko...aku dah lama nak blaja....tp lom jumpa geng.....aku nak blaja smocking jugak...tp apakan daya...takde baby garl...

RR said...

kak...ctknya...yaya ada 1 bj sulaman reben..nak belaja tapi my mum jahit bj kurung, langsir..sulam2 die x buat coz mak kata klu die buat macam2 nant kitaorg x makan..hahah...tu pun kuih lagi nak handle...nant nak belaja ngan akk la..since dok negara org ni xde pe yg nak buat..klu nak tau..kedai kain pun ya jumpa lagi..heheh....