Wah!!.. lama sungguh tak ber-RE... tengok blog Pn. Ann terbakar balik semangat nak ber-RE...cantik sangat.. tingin sangat nk join kelas pn. Ann...
hopefully dikuatkan semangat untuk sambung semula projek RE yg terbengkalai tu.. uhuhuu...
Presenting things I make during my leisure time.. sewing, embroidering, crafting and anything interest me....
Wednesday, 25 November 2009
Monday, 18 May 2009
Pengapit Pengantin
Menjahit Kurung Biasa
Bahagian kain yang telah dipotong adalah seperti berikut:
Sebelum Menjahit
Buang semua lebihan jahitan tepi dan asingkan pesak, kekek dan tangan kepada dua bahagian iaitu untuk bahagian kanan dan kiri.
Jahitan Fasa 1
Mulakan dengan cantuman bahu bahagian badan (jika perlu).
Selesaikan kedua-dua belah pesak dan tangan.
Langkah-langkah menjahit pesak adalah seperti berikut:

Ulang langkah 1-6 untuk pesak dan lengan yang sebelah lagi.
Langkah-langkah menjahit kain.

Mengemaskan Jahitan
Kemaskan jahitan dengan menggosok semua garis jahitan dengan seterika.
Menjahit Lubang Leher
Pilih cara jahitan yang anda suka. Yang paling ringkas menggunakan bias.
Menyiapkan baju
Terbalikkan bahagian badan baju. Biarkan bahagian dalam berada di luar.
Cantuman tangan dan pesak berada dalam keadaaan betul iaitu bahagian luar berada di luar.
Masukkan cantuman tangan dan pesak ke dalam bahagian badan.
Mula menjahit dari bahagian bahu sehingga hujung baju.
Kembali mula menjahit dari bahu untuk menyiapkap satu bahagian lagi.
Ulang langkah di atas untuk tangan sebelah.
Kemaskan semua jahitan baru. Gosok garis jahitan dengan seterika.
Lipat kelim hujung tangan dan hujung baju, peniti atau jelujur sebelum garisan lipatan diseterika. Jahitan kemasan kelim akan dibuat setelah semua langkah jahitan mesin diselesaikan.
- Bahagian badan 1 keping (2 keping jika bahagian bahu dipotong)
- Pesak 2 pasang (4 keping)
- Kekek 2 keping
- Tangan 2 helai
Sebelum Menjahit
Buang semua lebihan jahitan tepi dan asingkan pesak, kekek dan tangan kepada dua bahagian iaitu untuk bahagian kanan dan kiri.
Jahitan Fasa 1
Mulakan dengan cantuman bahu bahagian badan (jika perlu).
Selesaikan kedua-dua belah pesak dan tangan.
Langkah-langkah menjahit pesak adalah seperti berikut:

- Cantumkan kekek dengan pesak pada bahagian yang telah ditandakan semasa memotong (rujuk Memotong Kurung Biasa)
Mulakan dengan bahagian A. Mula menjahit dari pangkal kekek.
Tinggalkan basi ½" pada penghujung kekek dan matikan. - Cantumkan kekek dengan pesak yang satu lagi. Cantum pada Bahagian B seperti rajah di atas. Tinggalkan basi ½" dan matikan.
- Sambungkan kedua-dua pesak iaitu bahagian C sehingga hujung dan matikan.
- Kemudian, cantumkan bahagian tangan.

Cantumkan bahagian A pada lengan dengan bahagian A pada sambungan kekek dan pesak (garis jahitan Oren). Tinggalkan ½" pada bahagian kekek seperti semasa menyambung pesak dan kekek tadi. - Ulang langkah 4 untuk bahagian B (garis jahitan Hijau).
- Siapkan cantuman tangan. Jahit ikut garisan C (Merah).
Ulang langkah 1-6 untuk pesak dan lengan yang sebelah lagi.
Langkah-langkah menjahit kain.

- Cantumkan bahagian kiri dan kanan kain. Mulakan dari kaki kain.
- Tinggalkan 7" pada bahagian atas sambungan untuk zip.
- Jahit basi kaki kain anggaran ½".
Mengemaskan Jahitan
Kemaskan jahitan dengan menggosok semua garis jahitan dengan seterika.
Menjahit Lubang Leher
Pilih cara jahitan yang anda suka. Yang paling ringkas menggunakan bias.
Menyiapkan baju
Terbalikkan bahagian badan baju. Biarkan bahagian dalam berada di luar.
Cantuman tangan dan pesak berada dalam keadaaan betul iaitu bahagian luar berada di luar.
Masukkan cantuman tangan dan pesak ke dalam bahagian badan.
Mula menjahit dari bahagian bahu sehingga hujung baju.
Kembali mula menjahit dari bahu untuk menyiapkap satu bahagian lagi.
Ulang langkah di atas untuk tangan sebelah.
Kemaskan semua jahitan baru. Gosok garis jahitan dengan seterika.
Lipat kelim hujung tangan dan hujung baju, peniti atau jelujur sebelum garisan lipatan diseterika. Jahitan kemasan kelim akan dibuat setelah semua langkah jahitan mesin diselesaikan.
Subscribe to:
Posts (Atom)
