Sunday 17 May 2009

Memotong Kurung Biasa

Meh saya tunjuk macam mana membuat pola dan memotong kain untuk dijadikan baju kurung. Kaedah ini mungkin bukanlah kaedah yang terbaik. Tapi bolehlah jika hendak dijadikan panduan.

Secara asasnya terdapat empat bahagian iaitu bahagian badan, lengan, pesak dan kekek.



Melukis Pola

Ukuran bahagian badan



a = (lebar bahu)/2
b = panjang badan
c = basi 2" untuk lipatan

* ukuran a dibahagi 2 supaya jimat kertas dan mempercepatkan pemotongan kain.

Ukuran tangan



a = panjang lengan tangan
b = basi 2" untuk lipatan
c = (lebar lengan)/2
d = (lebar tangan)/2

ukuran lebar tangan dan lebar bahu ikut keselesaan anda ataupun... rujuk ukuran baju kurung kegeraman anda. Lagi senang!

Ukuran Pesak



a = ukuran biasa ialah 2"
b = (panjang badan)-(lebar lengan)
c = basi 2" untuk lipatan
d = ukuran biasa antara 4" hingga 5" bergantung kepada keselesaan anda

Kekek



Ukuran 3" x 3"


Memotong Kain

Kebiasaannya pola dibuat berserta basi ½". Pola saya adalah berbeza, dimana pola dipotong betul-betul mengikut ukuran seperti di atas tanpa basi.

Beza pola biasa dengan pola saya:



Langkah-langkah memotong kain:
  1. Letakkan pola di atas kain.
  2. Lukiskan garisan jahitan mengikut pola.
  3. Potong kain mengikut basi ½".




Bahagian Badan

Mulakan dengan bahagian badan.

Terdapat dua cara memotong bahagian badan iaitu potong bahagian bahu atau biarkan bahagian bahu bercantum.

Sekiranya kain mempunyai corak berkaki, bahagian bahu hendaklah dipotong supaya corak bahagian belakang dan hadapan badan sama. Jika bahu tidak dipotong, corak badan bahagian belakang akan kelihatan terbalik. Sebaliknya, bagi kain yang coraknya tidak berkaki, bahagian bahu bolehlah dibiarkan bersambung.

Bahagian Pesak

Bahagian pesak mestilah dipotong selari dengan badan.

Lipat kain mengikut saiz pesak menjadi empat lapis seperti berikut. Ini untuk memastikan pesak dipotong dengan betul iaitu sepasang untuk kanan badan dan sepasang lagi untuk kiri badan. 



Setelah dipotong, tandakan pada bahagian atas yang condong. Ini adalah bahagian cantuman kekek.

Tips: Gunakan warna berbeza untuk bahagian kiri dan kanan supaya senang dipasangkan nanti.



Tangan & Kekek

Potong bahagian tangan diikuti kekek.

Kain

Baki boleh dijadikan bahagian kain. Potong mengikut panjang kain. Bahagian getah pinggang akan disambung dengan kain lain. Pastikan juga bahgian kiri dan kanan kain dipotong lurus.

5 comments:

jahitbynadia said...

saya baru first time nk potong kain ni..saya tgk cara puan senang nak ikut..thanks..i will try!!

Admin said...

Tahniah, admin krn sudi berkongsi ilmu yg bermanfaat ni. Semoga bertambah2 ilmu dan rezeki Puan...insyaAllah. Mmg sgt seronok kan dapat jahit baju kurung sendiri ni...sangat puas hati...

Just nak share2, ni kelas menjahit baju kurung di KL/ Selangor yang sy tahu:

===>Kelas Menjahit Baju Kurung 1

===>Kelas Menjahit Baju Kurung 2

Ni pulak panduan lengkap menjahit baju kurung lagi murah drpd kelas menjahit:
Panduan Menjahit Baju Kurung

Pandai jahit baju kurung ni bukan setakat boleh berjimat & jahit baju sendiri, boleh juga ambik upah menjahit baju orang lain.

sha said...

terima kasih share ni tutorial ni. sye memang xde kemahiran langsung dlm sewing. ade jugk beli buku menjahit. tpi xboleh pham. ^^. tutorial ni nampak mudah & paham. InsyaAllah sye akan cuba buat. thanx!!

Aneez Jaafar said...

good info. thank you sharing

Nurul said...

Lengan 2 buat ukuran strett ye?sbb tgk pola xde pn mcm berombak yg biasa sy tgk..sbb sy xlps bab lengan dgn pesak..